Monday 21 May 2012

Food Bazar Malam Anak Lesung..

Hi semua...kami sekarang mula beroperasi pada waktu malam. Konsep kami ketengah kan ialah FOOD BAZAR..mungkin ramai tertanya tanyakan, ape yang unikkk....jawapannyer,...jeng..jeng...sebab kami menyediakan juadah yang pelbagai jenis seperti ikan bakar portugese, nasi putih ayam kampung goreng berempah, chaw koey teow, nasi goreng, nasi putih asam pedas dan terbaru....nasi ayam penyet!!!. Macam xpercaya je kan..tapi percaaaayyaaalah....kalau xpercaya, kena datang berkunjung ke kedai kami. Kami menawarkan selera selera baru yang mungkin ada penggemar yang nak cari makanan lain selain nasi goreng. Kat bawah ni ialah salah satu dari menu malam kami...jemputla datang singgah!!


Set Nasi ni memang sedap...bukktinyee..sebab kami dah ada penggemar tetap yang ramai. Sebenaynye kami mengambil inspirasi dari makanan ala Kelantan. Ayam kampung ni di perap dengan bahan ramuan semalaman untuk bagi rasenye sebati. Setelah dapat order, baru kami goreng....bayangkan lah panas panas berasap, lepas tu di hidang bersama kuah kari dan sambal belacan....perrrrghh...Kalau sesiapa yang suka ayam kampung, singgaaaahla ke kedai kami. Kami pasti anda semua akan datang lagi!!!

Di Seksyen 23, Shah Alam

Kepada semuaaaaa....jemputla datang menjamu selera di restoran kami. Ianya terletak di Seksyen 23 Shah Alam. Kalau orang-orang Shah Alam, mesti dah biasa dengan Uptown Shah Alam, Highway LKSA dan Carrefour kan.. Kalau nak pergi Uptown Shah Alam atau Carrefour, ada Domino Pizza, Seng Heng, Tart Nasi Ayam Restoran dekat roundabout..kami di lot belakang Seng Heng..Jemputla datang menjamu selera. Ni signboard kedai kami...kalau nampak je, kena singgah ye!!

Dari hadapan restoran

Catering Available!!!

Hi semua!!!!Kami sekarang aktif menceburi bidang katering. Walaupun baru beberapa tahun kami menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan dan atas permintaan pelanggan yang meminati masakan kami, Restoran Anak Lesung telah mula aktif dengan katering. Sekiranya anda mahu mencuba keenakkan makanan kami...bolehlah melihat menu-menu seperti dibawah:


Opppppssss!!bukan itu sahaja yang kami offer.Ada banyak lagi dan terpulang pada kehendak customer serta budjet yang disediakan. Restoran Anak Lesung juga aktif menyediakan perkhidmatan katering untuk mesyuarat,seminar....CME dan CNE bagi hospital dan xkurang juga yang menempah restoran untuk seminar minum petang. Lihatlah customer customer kami di bawah ni :


Apa tungu lagi......cubalah perkhidmatan catering kami yang sedap dengan servis yang amat-amat memuaskan.Jangan tunggu lagi,jika anda mencari catering untuk majlis, seminar atau apa2 event sekalipun, jangan malu-malu untuk menghubungi kami ye!!!